Kedamaian di kampung ini begitu menggamit rasa. Dalam suasana pagi yang hening diselang seli kicau burung tiong bagai menyambung kokokan ayam-ayam yang berada di tanah kampong ini. “kriook….” Bunyi kayuhan basikal memecah sunyi di pagi itu. Kayuhan beransur perlahan ketika melalui jambatan titi kayu yang agak sempit, hampir tergelincir roda getah basikal ketika bergesel lumut-lumut yang basah disiram embun malam harinya.
Kayuhan berhenti dan pak itam menarik nafas seketika di pinggiran sawah padi, sambil menghirup udara yang segar itu pak itam melemparkan pandangannya ke seluruh kawasan sawah padi miliknya. Terdetik perkataan di dalam hati pak itam “ syukur padamu ya allah..tinggalan atuk nenek nie..dapat juga aku jaga dan sara hidup budak-budak”.
Pak itam menyambung kembali kayuhan ke rumahnya yang hanya beberapa meter saje lagi. Kedengaran dari atas rumah bunyi riuh dan hentakan kaki seperti berlari di atas lantai papan rumah. Belumpun sempat pak itam menongkat basikalnya di tepi dinding tempat simpanan benih padi, terdengar selepas itu beberapa laungan cucu-cucunya yang berkejaran untuk mendapatkan pak itam yang baru pulang dari bersembahyang subuh di surau. “yea!! yea! atuk balik…yea!!yea!!” jerit cucu-cucnya sambil berlari.“ eh ko masing nie…awal no bangunnya..lucut kain aku nie karang” dengan nada bergurau smbil tersenyum. “moh…moh masuk..dengan tak berkasutnya masing-masing” rungut pak itam sambil berjalan menghala ke muka pintu. “ uhuk..uhuk..” kedengaran bunyi batuk mak lebar yang telah lam dierang penyakit semput. “dari awak kat titi lagi diorang dah tau awak balik” sambut mak lebar dari dalam rumah ketika pak itam dan cucu-cucunya melangkah masuk. “kite dengan mengah-mengah nie lagi mengah di buatnya menengokkan si jantan melompat turun tangga, tak padan ngan kecik nyer..? rungut mak lebar dalam nada termengah – mengah. “ syah ngan yanti jangan bior aje adik melompat-lompat tinggi macam tu, kang patah riuk sape susah…? Tegur pak itam pada dua orang cucu perempuannya yang berusia 9 dan 6 tahun yang masih mengekori pak itam dari tadi.
“Gedebuk..gedebuk..” bunyi hentakan di lantai hasil dari perlakuan budak lelaki yang baru berusia 4 tahun yang tiba-tiba terus menerpa sesuatu di bawah meja makan menyebabkan datuknya pak itam terkejut dan lantas berteriak memanggil nama cucu lelaki sulungnya itu “izal…izal knape ko nie? Tak abis-abis dgn sintornye” (loghat melayu lama) pak itam kemudian bergegas mendapatkan cucunya dan mendapati yang diterpa cucunya tadi adalah seekor anak kucing kacukan kucing siam berbulu lebat yang dibela pak itam. Mak lebar yang memandang dari atas rumah hanya tersenyum melihatkan karenah suaminya dan cucu-cucunya sambil tangannya sibuk dengan lipatan-lipatannya. Suasana sepi seketika sambil diluar rumah kedengaran kicau burung mendapatkan sarangnya yang berada di atas pokok mempelam ditepi rumah. Mak lebar berkata-kata sendiri dalam nada perlahan “ betul kata orang kalau dah datuk, memang kalau sayang kat cucu lebih dari sayang kat anak-anak”. Pak itam yang terdengar sungutan mak lebar dari atas rumah lantas membalas “ apa dia Lebar?” . Mak Lebar menjawab seketika itu “ takde apa, awak tu manjakan sangat budak-budak tu”. Pak itam lalu membalas “ cucu kita lebar ooi… kalu tak ada diorang nie depan mata pun kita sayang dia jugak, dah namanya pun atuk….atuk kita pun dulu sayangkan kita.. mana nak tumpahnya kasih sayang kalau tak ke anak cucu kita”. “ eeeeeeeeeeeeeiiiiiit”. Kedengaran seakan bunyi siren yang datnag dari arah dapur lalu Mak Lebar bingkas bangun dan menurun anak tangga untuk ke dapur bagi menutup api dapur gasnya. “ iyelah awak hoi..cucu..cucu jugak, air yang berbunyi nie kalu tak dimati api tak berkopi lah awak jawabnya”. Sambil tersenyum lebar pak itam berseloroh “ hah! Patut la kering tekak nie, lekas isi air tu, langsung awak ke dapur tu awak capaikan sekali biskut kat ‘robok’ tu”.
Dari dalam Pak itam melihat ke luar tingkap, cucu-cucunya riang bermain di bawah pokok mempelam di tepi sawah. Seketika, pandangan pak itam terarah ke sawah padi peninggalan datuknya dahulu. “ tam kita nie hidup tak lama tapi berbudi pada tanah tu dalam quran pun ada sebut, sebesar biji sawi kalau kita tanam pun allah bagi pahala”. “tam ko ingat lah pesan atuk ni elok-elok, kita hidup ni bukan untuk menongkat langit tapi selagi hayat di kandung badan, hidup pasti perlu berteman usaha dan keazaman”. Sambil tangan yang berselut mengalih petak benih padi datuknya berkata lagi, “ tam, setiap perilaku yang kita mesti akan ada orang yang memandang tapi jangan dek kerana pandangan orang kita terbuai rasa bongkak andai segala usaha kita menjadikan kita orang kaya raya, kena ingat selalu yang kita ni berasal dari mana. Tanah Lumpur ni yang banyak berjasa itupun kalu keje ni yang ko nak buat”. Terngiang-ngiang kata-kata arwah datuknya kepada pak itam yang pada masa itu baru berusia belasan tahun.
Cawan berisi kopi yang dibuat isteri tersayang pak itam itu dihirup pak itam seketika. Genangan air di dalam cawan itu membuat pak itam terkenang kembali masa silamnya bersama datuknya dahulu… “ tuk, kita nak pinjam jap basikal atuk pegi ke baroh jap bole? Wan (neneknya) suruh beli benang sebab nak jahit baju , dah habis benang dia tadi.” Atuknya yang baru sahaja mahu menarik petak benih ke sawah padi berhenti memlangkah seketika “ ko jangan lama-lama sangat ke baroh tu kang atuk nak ke surau zohor nanti takde kenderaan pulak” si itam yang sudah pun mencapai pemegang basikal lalu menjawab “ yelah … kita pergi kejap jer”.
Zal!.Zal!...Zal!. jeritan mak lebar dari arah dapur mengejutkan pak itam dari kenangannya. “Zal!..bawak basikal tu perlahan-lahan kang roboh titi tu nanti. Kalu titi tu je yang jatuh takpe jua tapi kalu ko yang jatuh kang payah atuk ko nanti.” Jerit mak lebar kepada cucu lelaki yang keluar berbasikal bersama kakak-kakaknya.
‘alah… wan ni bising ajelah, kita tau la…” rungut Izal sambil memberhentikan basikalnya. “ ape ko ni Zal tak elok balas cakap wan macam tu..berdosa tau” herdik kakaknya “ syah, yanti jangan ko bior adik ko tu bawak basikal macam pelisit, kang cicir benang yang wan (mak lebar) nak, hah lagi satu…jangan ko masing pasik leka pulak duduk kat kedai si rose tu” pesan mak lebar lagi kepada cucu-cucu perempuannya.
Mak lebar yang dari tadinya sudah berdiri di muka pintu melangkah kembali ke arah dapur sambil lalu dihadapan meja makan . “ha! Awak ni…. sayang aje tak cukup kalu awak bior diorang buat perangai bukan-bukan..cuba marah sikit sekali sekala, jangan sampai awak di pijaknya pulak nanti bila dah besar..”. pak itam yang melihat telatah –telatah cucunya dan mak lebar membalas dengan senyuman. “ awak ni..kang kalu saya pasik marah kat diorang kang ada yang demam pulak kang..tau la saya nak mengajarnya nanti…tolong tambah air panas sikit..sejuk dah kopi ni” sambil menghulur cawan minumnya kepada mak lebar. “ huh…” dengus mak lebar kepada pak itam. Dihujung tambak di simpang depan rumah pak itam cucu-cucnya berlalu pergi.
Dalam pendengaran seakan sayup“ tam…ooo..tam” suara datuk si itam memanggil dari batas petak sawah. “ya tuk..” si tam menyahut sambil berlari keluar bagi mendapatkan datuknya. “ ko tak keluarkan ke benih padi bawah rumah tu?” dalam nada suara yang agak keras sedikit. “ dah la tuk..kita dah keluarkan dah masa atuk suruh pagi tadi..” sambung si tam lagi “ tu..” sambil menuding ke arah sawah “ kita dah letak kat batas tepi bendang menghala ke baroh tu..” jawab si tam dalam nada suara sedikit gemuruh kerana takut dimarahi datuknya. “ haah..baru atuk nampak” kali ini nada suara datuknya sedikit perlahan dan hampir tertawa “ tam..moh naik atas jap kita kira duit” kata datuknya. Si tam yang mendengar perkataan duit tadi terus menyanyakan datuknya “ duit siapa pulak tuk” jawab datuknya “ duit atuk jual padi pagi tadi tu lah..moh la cepat” datuknya lalu bergegas menaiki anak tangga ke atas rumah. Datuknya terus mencapai mangkuk tembaga di atas robok kain didalam bilik lalu membawanya ke anjung rumah. Si tam yang seperti kebiasaannya akan duduk membelakang muka pintu terus menanyakan datuknya “ banyaknya tuk duit nie..kalau banyak macam ni kita boleh la kaya macam orang yang rumahnya berpagar kat pekan tu kan tuk?” mendengar soalan yang diajukan cucunya tadi terus menarik nafas dalam-dalam “ tam..tam.” dalam nada agak perlahan, lalu atuknya menyambung katanya lagi “ ni atuk nak bagi tahu kat ko..kalu kata atuk tak sempat nak tengok anak cucu ko pun nanti, ko pegang la pesan atuk nie baik-baik.” Datuk dan cucu itu diam seketika “ ingat tam..jangan ko pernah ingat dalam kekayaan yang ko ada ko boleh dapat kebahagiaan sebanyak kekayaan yang ko peroleh kalau cara hidup ko tak betul” si tam lalu menyampuk “cara apa pulak yang tak betulnya tuk?” jawab datuknya “nanti dulu..atuk tak cakap habis lagi” datuknya memandang tepat ke arah mata si tam sambil senyuman yang terukir “ kalu kata ko kaya sebab berbendang aje pun kalau ko tak sembahyang, tak keluar zakat …kurang ko bersedekah dan lagi kurang ko beringat-ingat..memang setitik kebahagiaan pun ko takkan dapat.” Sambil tangannya memasukkan duit yang sudah di asing kedalam mangkuk “ ingat dari mana asal kita..bukan nak kena fakir yang kita ni asalnya susah je tapi ingat kita nie hamba allah…semuanya yang baik-baik tu datang dari allah..dan kekayaan itu salah satu ujian yang amat besar buat orang yang beriman dan sembahyang...betul jalan ko betul la sampai sudah.”
Pak itam tersentak seketika apabila bunyi cawan yang di letak mak lebar di atas meja sedikit terhentak. Sambil menghirup kopi panasnya itu pak itam terdengar hilai tawa cucu-cucunya yang baru pulang dari kedai. Mak lebar yang juga terdengar tawa cucu-cucunya lantas berkata kepada pak itam dalam nada sedikit sayu “ jangan awak lupa berpesan-pesan ngan budak-budak tu…mak bapaknya tah ke mana.” “insyallah..” balas pak itam sambil cucu-cucunya berlari masuk mendapatkan neneknya mak lebar. Itu tugas baru buat diri pak itam pada usianya yg kian mengukir senja…
About Me
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
